"JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN" atau jangan berkata lain tapi buat lain.

oleh ; Adnan Al-Yani

Contoh berkata "HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA" tetapi di dalam masa yang sama orang yang berkata "HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA" ia sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri.

Ini bermakna ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia tidak melakukannya kerana apa yang telah diperkatakan

"HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA"

Berdasarkan kepada firman Allah pada

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Berdasarkan kepada firman di atas bahawa

"Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Barang siapa yang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri sama ada dengan cara

- yang diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Yang difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri.

Akan hadirlah perasaan kepada dirinya sendirilah yang berkuasa, dirinya sendirilah yang berkemahuan, dirinya sendirilah yang hidup, dirinya sendirilah yang mengetahui, dirinya sendirilah yang melihat, dirinya sendirilah yang mendengar, dirinya sendirilah yang berkata-kata dan lain-lain lagi.

Inilah keadaan di mana sedang berlaku seperti mana yang telah Allah firmankan

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya."

(Surah Saba' ayat 27)

Merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri sebagai sifat dirinya sendiri

Keadaan ini bermakna seseorang itu sedang mengadakan dirinya sendiri sebagai tuhan bersama-sama Allah

dan merasakan sifat ketuhanan yang ada pada makhluk sebagai sifat makhluk tersebut

Keadaan ini pula menunjukkan yang seseorang itu sedang mengadakan makhluk yang mempunyai sifat ketuhanan itu sebagai tuhan yang lain bersama-sama Allah.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan bahawa ia tidak boleh sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan dirinya sendiri dan tentang keberadaan makhluk-makhluk

Jika ia sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan dirinya sendiri dan tentang keberadaan makhluk-makhluk

Bermakna ia telah dan sedang melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi (iaitu sedang mengadakan tuhan yang lain sama ada dirinya sendiri atau makhluk-makhluk bersama-sama Allah), maka sesiapa sahaja yang sedang mengadakan dirinya sendiri sebagai tuhan yang lain bersama-sama Allah akan berlakulah seperti mana firman Allah pada

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Seterusnya memperjelaskan seperti mana firman Allah di dalam Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik.

MENJADIKAN SESUATU YANG LAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI TUHAN, SEBENARNYA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN DAN SESUNGGUHNYA MERUPAKAN SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH

Surah An-Nisaa' dari ayat 115 - 121

115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

117. Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;

118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

119. "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

121. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.

BERCERITA TENTANG ALLAH BEGITU DAN BEGINI TANPA TAHU DAN BOLEH MENERANGKAN BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH TERMASUK DI DALAM GOLONGAN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG MEREKA SENDIRI TIDAK MELAKUKANNYA

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan dirinya sendiri

Jika ia sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan dirinya sendiri

Ia telah melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi.

Dari sini akan timbul kesedaran yang ia tidak boleh dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Setelah membaca akan firman Allah

"Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Saba' ayat 27)

Seseorang itu perlu mengetahui bahawa ia tidak boleh sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Kerana apa yang akan berlaku jika ia sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Ialah akan timbul sangkaan yang ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan ada dirinya yang bersifat dengan sifat ketuhanan itu adalah keberadaan Allah

Sifat ketuhanan yang telah sama ada

- yang diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Yang difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Sebagai sifat ketuhanan Allah sebenarnya ialah sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat dirinya sendiri.

Setelah seseorang itu sama ada telah

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Ia merasakan yang ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya ia sedang melakukan syirik sebab dengan sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Ia telah dan sedang menyangka yang keberadaan dirinya yang bersifat dengan sifat ketuhanan itulah keberadaan Allah yang mempunyai sifat ketuhanan Allah.

Ini adalah merupakan "SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI" kerana syirik yang dilakukan telah dianggap sebagai mengesakan Allah.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan sendiri yang ia tidak boleh sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Dan jika ia sama ada

- Memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah ketika ia masih dan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri

Ia telah melakukan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.. iaitu sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah malah perbuatan sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah ini telah dianggap atau telah disangka sebagai perbuatan sedang mengesakan Allah.

Dari sini akan timbul kesedaran yang ia tidak boleh dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan ia sedang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah (syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi).

Apa yang Allah firmankan pada Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Adalah benar tetapi apa yang telah diperkata dan dilakukan seperti mana yang telah diterangkan tidak benar dan tidak berlaku seperti mana yang telah Allah firmankan tersebut...

Ini sedang berlaku seperti mana firman Allah pada Surah Al-Mu'minūn dari ayat 84 hingga 90

84. Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"

85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"

86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"

87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"

88. Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatu pun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"

89. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"

90. (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA ORANG YANG MEMPERKATAKAN ALLAH YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI, ALLAH YANG MEMILIKI DAN MENTADBIR LANGIT YANG TUJUH, ALLAH YANG MEMPUNYAI 'ARASH YANG BESAR, ALLAH YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN TIAP-TIAP SESUATU, DI DALAM KEADAAN MEREKA SEDANG MERASAI AKAN KEBERADAAN DIRI SENDIRI DAN KEBERADAAN MAKHLOK-MAKHLOK LAIN, SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERDUSTA .....

Tetapi apa yang sedang dilakukan ia sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri, dia tidak merasakan keberadaan Allah.

Dia hanya berkata dan mengetahui bahawa

"HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA"

Tetapi keadaan yang telah diperkatakan dan yang diketahui tersebut tidak berlaku kepadanya, kerana apa yang sedang berlaku ialah ia sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri.

Bagaimana seseorang itu boleh tidak akan merasakan keberadaan dirinya sendiri sedangkan ia tidak boleh menunjukkan jalan dan cara yang telah dilakukan mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlaku hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri...

Cakap lah ceritalah bagaimana pun, selagi seseorang itu tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...

Selagi itulah rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri tidak akan hilang.

Apa yang diceritakan tentang Allah, akan bersifat seperti mana firman Allah

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

Sepatutnya semasa seseorang itu berkata

"HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA"

Apa yang sedang dilakukan juga mestilah sedang merasakan

"KEBERADAAN ALLAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH"

Bukan sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri.

Cakap lain buat lain, kata orang sekarang cakap tak serupa bikin...

JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN

Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada

61.Surah Aş-Şaf ayat 2

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf ayat 3

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT ATAU SARANG SYAITAN

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

Siapakah pendusta ... ?

6.Surah Al-'An`ām ayat 148

Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.

"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

Cuba kita kembali kepada firman Allah

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ALLAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DI DALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -

JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DI DALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DI DALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"

JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAH PUN BERADA DI DALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DI ATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

WALAUPUN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT ATAU SARANG SYAITAN, TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH

KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DI DALAM FIRMAN ALLAH

43.Surah Az-Zukhruf ayat 36

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 37

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 38

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".

43.Surah Az-Zukhruf ayat 39

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".

43.Surah Az-Zukhruf ayat 40

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 41

Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 42

Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 43

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

43.Surah Az-Zukhruf ayat 44

Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 30

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.

INI ADALAH APA YANG TELAH ALLAH TERANGKAN DI DALAM FIRMANNYA....

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 60

‎الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ الْمُمْتَرِينَ

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 61

‎فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".